? ??????????????Cobalt Flowers? ????? ?? ???Rating: 4.4 (9 Ratings)??180 Grabs Today. 23341 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Love Storm? ????? ?? ???Rating: 4.2 (18 Ratings)??165 Grabs Today. 11733 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ??? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

30 July 2009

Wujudkah Pencemaran Bahasa?

Seperti yang kita ketahui, fenomena pencemaran bahasa yang berlaku sepanjang tahun menggambarkan sikap sebenar pengguna bahasa dan kesungguhan pihak yang diberi tanggungjawab seperti pihak-pihak berkuasa tempatan (pbt) menjalankan tugas. Malah, khabar yang membenarkan pengiklan menggunakan bahasa yang disukainya pada papan-papan iklan menunjukkan sikap dan prejudis terhadap bahasa Melayu.
Membentuk sikap bukanlah usaha mudah, tetapi memerlukan masa yang panjang, dan pembentukan dan membaiki keadaan perlu dilakukan dengan segera.
Sikap peka, prihatin dan lekas bertindak memang dituntut pada ketika ini, namun kelekaan masyarakat masih menjadi masalah besar, kerana perjuangan bahasa dan budaya tidak pernah menjadi agenda atau perlu dipedulikan.
Contohnya, Sistem Pesanan Ringkas (SMS), alat yang menjadi penghubung di antara dua individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan, dikatakan merosakkan bahasa. Penggunaan simbol, kod dan perkataan singkatan tertentu secara meluas itu dikatakan punca kemerosotan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan masyarakat dan pelajar sekolah. Malah, antara sebab kemerosotan pencapaian kelulusan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2003 juga dikatakan berpunca daripada budaya perkhidmatan SMS dan sembang Internet di kalangan pelajar.

Bagaimanapun, masalah yang timbul sekarang ialah bahasa SMS terbawa-bawa kepada penggunaan rasmi hingga merosakkan bahasa. Jika pengguna tidak dapat membezakan ragam bahasa rasmi dengan ragam bahasa basahan, pencemaran bahasa akan berlaku. Oleh itu, seseorang itu tidak sepatutnya terikut-ikut dengan ragam bahasa basahan hingga menggunakannya ketika melakukan urusan rasmi seperti karangan, surat rasmidan memo. Antara contoh penyampaian dalam SMS ialah `x' bagi maksud tak atau tidak, `4' (untuk atau for), `cmna' (macam mana), `yg' (yang), `u' (awak),`tq' (terima kasih), `ok' (okey), `lg' (lagi), `g' (pergi) dan `p'kdmtn'(perkhidmatan).
Antara ciri pencemaran bahasa yang dapat dilihat ialah:
1. pengutamaan bahasa asing
2. saiz atau warna
3. penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa Melayu
4. ejaan
5. pemilihan kata
6. pembentukan kata
7. pengolahan ayat
8. penggunaan laras
9. pencampuradukan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris
Selain pencemaran bahasa yang berlaku dalam Sistem Pesanan Ringkas(sms), kebanyakan pencemaran bahasa turut dikesan pada papan iklan, papan kenyataan, papan tanda, nama taman perumahan dan nama jalan. Penyalahgunaan bahasa Melayu juga berlaku dalam sektor perdagangan dalam negeri, kompleks membeli belah, francais makanan, produk makanan dan minuman, produk telekomunikasi dan elektronik, industri perhotelan dan pelancongan, industri kewangan dan media massa.
Masalah pencemaran bahasa Melayu ini tidak akan dapat diatasi selagi pihak pengguna tidak peka terhadap pentingnya penggunaannya yang betul dalam semua aspek.