? ??????????????Cobalt Flowers? ????? ?? ???Rating: 4.4 (9 Ratings)??180 Grabs Today. 23341 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Love Storm? ????? ?? ???Rating: 4.2 (18 Ratings)??165 Grabs Today. 11733 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ??? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

5 August 2009

JANGAN LUPA DIRI

"Do not forget your roots" or "Jangan lupa diri" is a rallying cry commonly heard among Malaysians interested in protecting their linguistic heritage. This statement suggests that, regardless of race, the Malaysian people have their own roots and ancestral origin to protect. In 2002, Tun Dr. Mahathir proposed that English be 'a tool' to obtain knowledge in the sciences and mathematics, as part of education in Malaysia.

Isu Pencemaran Bahasa : Bahasa Rojak
Petikan Akhbar Berita Harian - 14/07/2004


BAHASA ROJAK DI TV PERLU DITANGANI

KUALA LUMPUR: Kerajaan harus memandang serius isu penggunaan bahasa rojak kerana perkara itu bukan sahaja mempengaruhi generasi muda malah menjadi satu budaya di kalangan masyarakat. Aktivis Masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata penggunaan bahasa rojak bukan sahaja merosakkan bahasa Malaysia tetapi semakin meluas di kalangan generasi muda.

Selaku pencinta bahasa Malaysia, katanya, beliau menyarankan supaya kerajaan mengambil langkah segera untuk menangani penggunaan bahasa rojak yang didapati semakin serius di televisyen.Beliau berkata, sebagai masyarakat berbilang kaum tidak salah menggunakan bahasa ibunda masing-masing, tetapi apabila bertutur dalam bahasa kebangsaan, masyarakat seharusnya tidak bercampur-adukkan dengan bahasa lain.

Sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah menangani penggunaan bahasa rojak terutamanya masalah ini kelihatan serius di televisyen kerana ia memberi kesan mendalam kepada penonton. Saya tidak begitu senang apabila seseorang itu menggunakan bahasa Malaysia bercampur-adukkan dengan bahasa lain. Ia bukan saja mencemarkan imej bahasa itu sendiri, malah seolah-olah memberi gambaran kepada orang luar bahawa inilah bahasa orang Malaysia, katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kelmarin akhbar melaporkan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim akan mengemukakan isu penggunaan bahasa rojak terutama di televisyen kepada kabinet tidak lama lagi.Rais berkata, pihaknya akan mendapatkan pandangan jemaah menteri untuk menanganinya dan kementeriannya dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan bersemuka bagi membincangkan perkara itu.

2 August 2009

Pencemaran bahasa? Mengapa terjadi?

Assalamualaikum n salam sejahtera....
Saya berpendapat bahawa ramai pelajar Melayu kini tidak dapat bertutur bahasa Melayu dengan baik mungkin kerana mereka terikut-ikut rakan sebaya ataupun media massa. Ini menjadi isu yang membimbangkan kerana terdapat juga banyak rancangan di televisyen dan radio mahupun bahan cetakan yang kurang tepat tatabahasanya. Oleh yang demikian, ingin saya sarankan bahawa kita cuba dan perlu menggunakan bahasa melayu dengan sebaik mungkin apabila bertutur dengan sesiapa sahaja.